Back to Recipe Print

Recipe for "Set Nasi Air"


Tips

Tambahan lauk pauk kegemaran sendiri adalah digalakkan

Ingredients

Bubur Nasi
Beras Satu pot
Air Secukupnya
Ikan Bilis Goreng
Ikan Bilis 200g
Bawang Merah (Dihiris) Sebiji
Ayam Goreng Kunyit
Isi Ayam 2 keping
Bahan Perasa Secukupnya
Serbuk Kunyit Secukupnya
Bawang Merah (Dihiris) Sebiji
Kangkung Belacan
Kangkung Seikat
Belacan Secubit
Bawang Merah Dihiris Sebiji
Cili Merah 5 tangkai
Bawang Putih Seulas
Bahan Perasa Secukupnya
Telur Masin
Telur Masin (Direbus) 2 biji

Instructions

Bubur nasi

1

Basuh satu pot beras sehingga bersih.

2

Isi air dgn banyak. Masak nasi sehingga menjadi bubur. Masukkan air dari masa ke semasa jika nasi sukar lembik

3

Bubur siap

Ikan bilis goreng

1

Bersihkan ikan bilis. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis

2

Agak2 dah sedikit garing, masukkan bawang yg dihiris dan biar bawang sedikit layu. Siap!

Ayam goreng kunyit

1

Potong isi ayam mengikut citarasa anda. Gaulkan dgn garam dan serbuk kunyit

2

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Masukkan bawang merah. Siap!

Kangkung belacan

1

Tumbuk lumat bawang putih, cili merah dan belacan

2

Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk. Kemudian masukkan bawang yg dihiris

3

Masukkan kangkung dan sedikit air. Perasakan. Biarkan sayur layu dan siap!

4

Set nasi air sedia dihidang