Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut"


Tips

Adunan perlu diperam secukupnya untuk membentuk sarang yang cantik.

Ingredients

Gula Pasir 1 cawan
Air Panas 1 cawan
Butter 2 sudu besar
Telur 4 biji
Susu Pekat 1 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Soda Bikarbonat 2 sudu teh
Esen Vanila Sedikit

Instructions

1

Hanguskan gula pasir dalam periuk kemudian tuang air panas perlahan-lahan kerana gula akan terpercik.Masukkan butter dan biarkan dahulu.

2

Dalam bekas lain,pukul telur,susu dan esen vanila hingga rata.

3

Tuang gula hangus yang sudah suam tadi perlahan-lahan dalam adunan telur dan susu.Kacau dengan whisker hingga sebati.

4

Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang sudah diayak.Gaul hingga sebati.

5

Tapiskan adunan kedalam loyang 10"x10" yang telah disapu butter. Biarkan adunan diperam sekurang-kurangnya 2jam.

6

Bakar dengan suhu 180° selama 90 minit atau mengikut oven anda. Cucuk dengan lidi,jika tidak melekat Kek gula hangus dah siap?