Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Ikan Masin"


Tips

1. Tak perlu masukkan garam kerana sambal belacan & ikan tenggiri sudah masin tp terpulang pd citarasa masing2.
2. Masukkan air dahulu br sambal belacan untuk mengelakkan sambal belacan hangit. Tp jika menggunakan api perlahan tidak mengapa.

Ingredients

Nasi Sejuk 3 cawan
Ikan Tenggiri Yg Telah Digoreng 1 1/2 keping
Sambal Belacan 2sb
Bawang Putih Diketuk 2 ulas
Garam Jika perlu

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bawang putih. Masukkan 1/2 cawan air. Masukkan sambal belacan & masak hingga kering/pecah minyak.

2

Masukkan nasi & kacau sebati. Masukkan isi ikan tenggiri yg telah dipecahkan & gaul sebati.

3

Kacau sehingga nasi sedikit kering & bolehlah dihidangkan.