Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Lobak Putih Udang"


Tips

Cili kisar tanpa bawang merah untuk dapatkan warna sambal yang cantik

Ingredients

Udang 10-15 ekor
Lobak Putih 1 biji
Bahan Tumis
Cili Kering Kisar 1/2 cawan
Belacan 1 cm
Bawang Putih Tumbuk 1 ulas
Halia Hiris 1 inci
Minyak Masak Secukup
Bahan Perasa
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Kicap Manis 1 sdt

Instructions

1

Udang dibersihkan , buang kulit jika suka
Lobak putih dikupas dan di potong kecil

2

Panaskan minyak dan tumis halia dahulu hingga sedikit garing.
Masukkan bawang putih.

3

Masukkan cili kisar dan juga belacan yang telah dilenyek dengan sedikit air.

4

Tumis hingga pecah minyak dan cili masak

5

Masukkan lobak dan sikit air. Biar mendidih hingga lobak 3/4 lembut dan sambal kering.

6

Kemudian masukkan udang , garam dan kicap manis sikit serta gula secukup rasa.
Tidak perlu tambah air kerana udang akan keluarkan airnya

7

Kacau rata hingga udang masak. Sedia dihidang bersama nasi putih