Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Lemak Cilipadi Daging Salai Campur Pucuk Ubi"


Tips

daging tidajk perlu dimasak terlalu lama kerana ianya telah disalai. JIka tak mahu gunakan daging salai, daging biasa pun boleh

Ingredients

Daging Salai-Hiris Nipis 1kg
Serai 2 batang
Cilipadi 25 biji
Kelapa - Parut Dan Perah 4 Kal 1 1/2 biji
Asam Gelugur 2 keping
Kunyit Hidup 2 inci
Daun Pucuk Ubi-Pilih Daun Lembut Sahaja 2 ikat
Garam Sedikit

Instructions

1

Kisar halus cilipadi bersama hirisan kunyit dengan sedikit pati santan.

2

Daging salai hiris masukkan dalam kuali.

3

Tuangkan cili kisar tadi bersama-sama sedikit
garam, asam keping, serai titik dan masak sekejap sehingga ramuan serap dalam daging.

4

Setelah agak kering baharulah masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata.

5

Guna api dapur yang agak sederhana agar kuah tidak pecah minyak.

6

Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam baharulah masukkan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan dan dikerat dua

7

Benamkan daun pucuk ubi ke dalam kuah perlahan dan jangan dikacau sangat untuk mengelakkan kuah jadi pahit

8

Setelah daun agak layu sedikit dalam 10 min bolehlah tutup api.