Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Kailan Ikan Masin"


Tips

1. Tumbuk belacan bersama cili & bawang jika suka.
2. Kurangkan penggunaan garam kerana belacan & ikan tenggiri sudah masin.
3. Gunakan api sederhana supaya bahan tumisan tidak hangus.

Ingredients

Nasi Sejuk 2 mangkuk besar
Ikan Tenggiri Jeruk 2 ekor
Kailan 1-2 pokok
Cili Merah 2 tangkai
Bawang Putih 2 ulas
Belacan Sebesar jari kelingking
Telur Sebiji
Garam Jika perlu

Instructions

1

Tumbuk kasar cili merah & bawang putih.

2

Panaskan minyak & goreng ikan tenggiri jeruk hingga sedikit garing. Angkat & toskan minyak.

3

Menggunakan minyak gorengan ikan tadi masukkan belacan & pecah2kan ia. Masukkan bahan tumbuk & kacau sebentar.

4

Masukkan nasi sejuk yg telah direlaikan & kacau lagi.

5

Buatkan lubang ditengah kuali & pecahkan telur. Biarkan telur separuh masak barulah dikacau lagi.

6

Masukkan kailan & ikan tenggiri. Kacau sebati hingga kailan sedikit layu.

7

Sedia dihidang.