Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Belacan"


Tips

1. Boleh juga kisar belacan bersama dgn cili kering jika tidak mahu menggorengnya terlebih dahulu.
2. Sekiranya menggunakan nasi yg baru dimasak, ceduk nasi ke dlm bekas lain & kacau menggunakan sudip supaya cepat sejuk ataupun masukkan dalam peti sejuk ketika sudah suam.

Ingredients

Nasi Sejuk 4 cawan
Belacan Sebesar ibu jari
Ikan Bilis Setengah genggam
Telur 1 biji
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 5-7 tangkai (ikut kepedasan diingini)
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Ikan Bilis Sejemput

Instructions

1

Panaskan minyak & masukkan belacan. Kacau hingga belacan hancur. Tumiskan bahan kisar & masukkan ikan bilis.

2

Masak hingga kering & pecah minyak. Masukkan garam & sedikit gula secukup rasa.

3

Masukkan nasi yg telah dileraikan. Gaul sekata. Buatkan lubang ditengah kuali & pecahkan telur. Biarkan separuh masak barulah dikacau lagi.

4

Kuatkan api & kacau hingga nasi kering. Hidangkan bersama ikan kering untuk menambah kesedapan nasi.