Back to Recipe Print

Recipe for "Pasta & Meatball Casserole"


Tips

1. Boleh gantikan dgn sebarang pasta kegemaran anda.
2. Meatball tidak perlu digoreng hingga masak kerana akan dimasukkan ke dlm oven nnt.
3. Gandakan kuantiti bahan jika menyediakan dalam casserole yg besar.
4. Tambahkan parmesan cheese untuk menggantikan cheddar cheese.

Ingredients

Pasta Shell 1 cawan
Frozen Meatball 12 biji
Sos Pasta/bolognese 4sb
Bawang Besar Didadu 1/2 labu
Garam & Gula Secukup rasa
Cheddar Cheese Diparut 1 cawan atau lebih
Parutan Mozzarela Cheese 1 cawan atau lebih
Parsley Segar Dicincang 1sb

Instructions

1

Didihkan air & masak pasta separuh masak (al dante). Toskan air. Simpan 3sb air rebusan untuk dimasukkan dalam sos pasta nnt.

2

Panaskan pan & masukkan 4sb minyak. Masukkan meatball & goreng hingga keperangan. Golek2kan ia supaya garing sekata. Angkat & toskan minyak.

3

Panaskan ketuhar suhu 180°C.

4

Menggunakan pan yg sama, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sos pasta & air rebusan pasta. Perasakan dgn garam & gula secukup rasa.

5

Masukkan pasta shell & gaul sebati. Cedukkan pasta ke dalam bekas caserol & ratakan.

6

Taburkan diatasnya dengan cheddar cheese & susunkan meatball.

7

Taburkan mozzarela. Taburkan juga daun parsley.

8

Masukkan dalam ketuhar & bakar selama 15-20min menggunakan api atas bawah & gunakan api atas selama 3-5min dipenghujungya untuk mengaringkan cheese.

9

Keluarkan dari ketuhar & sedia dihidang.