Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Buah Kukus No 3"


Tips

1. Kukus lebih dari 3 jam kalau mahu kek yang lebih cantik.

2. Kalau kurang dari 3 jam, kek agak berderai.

3. Kek semakin lembab dan rasa semakin sedap selepas 1 hari.

4. Resepi yang paling sedap antara 3 resepi yang saya pernah cuba!

Ingredients

Butter 250 gm
Gula Perang 1/2 cawan
Air Panas 1 cawan
Buah Campur 300 gm
Susu Pekat 1 cawan
Telur 2 biji
Esen Vanila 1 tsp
Tepung Gandum 3 cawan
Soda Bikarbonat 1 tsp
Krim Tartar 1 tsp
Sunquick 1/4 cawan

Instructions

1

Masukkan gula perang ke dalam periuk. Biarkan sehingga jadi warna karamel yang dikehendaki kemudian kacau dengan senduk kayu.

2

Masukkan air panas dan dengan berhati-hati kacau sebati.

3

Masukkan butter yang dipotong dadu. Kacau sehingga butter cair kesemuanya.

4

Masukkan susu pekat dan buah kering, kacau sekali sekala. Masak sehingga mendidih dan kismis kembung. BIAR ADUNAN INI SEJUK PADA SUHU BILIK.

5

* Panaskan kukusan.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan krim tartar.

6

Dalam mangkuk mixer, pukul telur bersama esen vanilla sehingga gebu dan pekat.

7

Masukkan tepung sedikit sedikit ke dalam adunan buah yang telah sejuk tadi. Kaupbalik sebati.

8

Masukkan adunan telur yang dipukul tadi ke dalam adunan. Kaupbalik sehingga sebati sahaja. Jangan overmix.

9

Masukkan dalam loyang atau acuan yang telah disapu minyak. Tutup dengan aluminium foil. Kukus sekurang-kurangnya 3 jam.

10

Setelah masak, biarkan sekejap kek dalam periuk kukus. Keluarkan kek apabila telah kurang panas.