Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Gebu"


Tips

Jika mahu frozenkan lebihan donut- goreng seketika sekadar untuk mematikan yis. Sejukkan dan simpan dalam freezer.

Ingredients

Yis 2 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Air Suam 1/4 cawan
Gandum 3 cawan
Gula 4 sudu besar
Garam 1/2 sudu kecil
Susu Tepung 2 sudu besar
Mentega/ Marjerin 2 sudu besar
Telur 1 biji
Air Masak 1/2 cawan

Instructions

1

Campurkan yis, gula dan air suam. Ketepikan sehingga berbuih.

2

Campurkan gandum, susu tepung, gula dan garam dalam bekas. Gaul sebati.

3

Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan telur, yis dan marjerin. Gaul sebati.

4

Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh. Tutup bekas dan biarkan sehingga kembang (lebih kurang 1 jam)

5

Apabila telah kembang tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah dibentuk mengikut bentuk yang disukai.

6

Biarkan seketika supaya donut kembang kali ke2 (15-20minit) sebelum digoreng.

7

Goreng dalam minyak yang panas sehingga keperangan. Angkat, toskan dan taburkan gula atau celup dalam coklat.