Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Mangga Cik Jah"


Tips

Cik Jah gunakan perahan air lemon utk kerabu mangga ni

Ingredients

Mangga Mentah 2 biji
Tomato 2 biji
Bawang Merah Kecil 2 biji
Cili Padi 5-7 biji
Ikan Bilis Goreng 10 gram
Lemon 1 biji
Garam 1 sudu kecil
Gula 2 sudu kecil

Instructions

1

Kupaskan kulit mangga dan sagat mangga tersebut dgn penyagat. Jika tiada penyagat, boleh gunakan pisau dan hiris halus mangga tersebut.

2

Tomato dipotong dadu.

3

Bawang merah kecil dimayang halus.

4

Ikan bilis goreng ditumbuk kasar.
Sekiranya tidak mahu gunakan ikan bilis, boleh gunakan udang kering sebagai ganti.

5

Hiris cili padi.

6

Masukkan bahan-bahan ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan garam dan gula. Perahkan lemon dan gaul rata.

7

Simpan seketika di dalam peti sejuk selama 5 minit.

8

Sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera.