Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Jagung"


Tips

1. Gunakan minyak sapi untuk hasil nasi yg lebih wangi.
2. Jika tidak mahu menumbuk, bawang & halia boleh dimayang halus.

Ingredients

Beras Dibersih & Ditoskan 2 cawan
Isi Jagung 1 cawan
Susu Cair 2/3 cawan
Air Secukupnya
Garam 1sk
Serbuk Kunyit 3/4 sk
Bahan Tumisan
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Halia Sebesar ibu jari
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Buah Pelaga 2 biji
Bunga Cengkih 3 tangkai
Daun Sup Dipotong 1 Inci 1 pokok
Daun Pandan Dikoyak & Disimpul 2 helai
Margerin 2sb
Minyak Masak 1sb

Instructions

1

Tumbuk bawang merah, bawang putih & halia. Panaskan periuk nasi & masukkan margerin & minyak.

2

Tumis bahan tumbuk. Masukkan 4 sekawan, daun sup & daun pandan. Biarkan tumisan garing.

3

Masukkan air secukupnya & susu cair. Kemudian masukkan garam, serbuk kunyit & jagung. Kacau sebati.

4

Masukkan beras & kacau lagi. Pindahkan periuk ke dlm rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi msk sekata.