Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Kentang Dan Ayam"


Tips

jika tiada tepung jagung, boleh gunakan tepung gandum sebagai air bancuhan pelekat

Ingredients

Ubi Kentang Direbus Empuk - Dibuang Kulit Dan Didadu Kecil 5 biji
Bawang Besar - Dicincang Halus 1 biji
Bawang Putih - Dicincang Halus 2 ulas
Lobak Merah-Didadu Kecil Secukupnya
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu teh
Serbuk Lada Hitam Kasar Secubit
Daging Ayam-Dipotong Kecil-Kecil 2 ketul
Daun Sup - Dicincang Halus 3-5 tangkai
Garam Dan Gula Secukup rasa
Minyak Masak Untuk Menumis Sedikit
Kulit Popia Secukupnya
Bacuhan Air Tepung Jagung ( Sebagai Pelekat) Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.

2

Masukkan daging ayam. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam

3

Masukkan lobak merah dan kentang dadu tadi . Kecilkan api dan gaul rata semua dan tutup api.

4

Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika

5

Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. lekatkan dengan bacuhan air tepung jagung

6

Goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel

7

Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.