Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Beriani Mudah Menggunakan Periuk Noxxa."


Tips

1) Untuk mengenakkan lagi nasi beriqni ini , campurkan sedikit minyak sapi semasa menumis. Masukkan juga daun pandan untuk mewangikan lagi nasi .

2) Boleh juga menggunakan beras biasa sekiranya tiada beras basmati.

3) Boleh juga menggunakan 'rice cooker' biasa . Beza hanya pada masa yang diambil untuk nasi masak.

Ingredients

Beras Basmati 2 cawan
Air 2.5 cawan
Kulit Kayu Manis 1
Bunga Cengkih 2
Bunga Lawang 1
Bawang Merah 2
Bawang Putih 1
Halia 2 inci
Rempah Beriani Maggie 1
Minyak Sedikit untuk menumis

Instructions

1

Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Tekan butang 'stir fry'. Masukkan sedikit minyak ke dalam pressure cooker noxxa.

2

Masukkan bahan hirisan , bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kacau sehingga naik bau dan bawang agak kekuningan.

3

Kemudian masukkan rempah beriani maggie sambil mengacau dan masukkan air

4

Beras toskan. Kemudian masukkan kedalam adunan tadi. Tutup dan setkan 'high pressure' selama 5 minit.

5

Tekan butang 'off' apabila sudah masak. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam masak merah atau lauk hidangan kegemaran.