Back to Recipe Print

Recipe for "Donat Sosej Yaya"


Tips

Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tidak melekat kerana adunan agak lembik. Semasa menggoreng, jangan buka api terlalu kuat,risau adunan di dalam tidak masak.

Ingredients

Tepung Gandum 3 cawan
Air Suam 1 cawan
Mentega/butter 2 sudu besar
Gula Pasir 4 susu besar
Susu Pekat 3 sudu besar
Yis 1 paket
Telur 1 biji
Garam 1 sudu kecil

Instructions

1

Masukkan air suam dalam cawan bersama sedikit gula Dan kemudian masukkan yis. (biar selama 10 min)

2

Sementara itu,cairkan mentega/butter.setelah cair, masukkan dalam bekas.

3

Masukkan gula ke dalam bekas tadi,gaul. Setelah itu, masukkan garam, susu, Gaul lagi. Kemudian masukkan telur. Gaul sebati.

4

Selepas itu,masukkan pula campuran yis yang telah kembang, gaul sedikit.

5

Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adunkan.

6

Biarkan adunan selama 45-60 min. Setelah itu, ambil sedikit adunan,bulatkan Dan leperkan di atas papan pencanai,tekan acuan donat.

7

Sediakan sosej, potong ikut kesukaan.letak kan di atas donat td. Buat seperti dalam gambar supaya apabila menggoreng,sosej tidak terkeluar dari donat.

8

Setelah itu, sediakan minyak Dan boleh menggoreng. Makan bersama sos untuk mendapatkan lebih kesedapan.