Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Kicap Berempah"


Tips

Jangan masak sotong terlampau lama, nanti kecut dan tidak cantik.

Ingredients

Sotong Putih Saiz Besar, Dipotong Gegelang 1/2 kg.
Bawang Besar Dipotong Gegelang 1 biji
Sos Tiram 1 sudu besar
Air Secukupnya 1 cawan
Bahan-Bahan Tumis:
Bawang Besar Dicincang Halus 1 sudu besar
Halia + Bawang Putih Dicincang Halus 1 sudu besar
Bahan-Bahan Disatukan Dan Dijadikan Pes Rempah:
Serbuk Jintan Manis 1 sudu besar
Serbuk Jintan Putih 1 sudu besar
Serbuk Ketumbar 1 sudu besar
Serbuk Cili 1 sudu besar

Instructions

1

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia + bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes rempah. Masak sehingga rempah garing/terbit minyak.

2

Selepas itu masukkan 1 cawan air, sos tiram, dan kicap manis. Masak sehingga kuah mendidih.

3

Kemudian masukkan sotong. Selepas sotong masak, rasa dulu kuahnya. Sekiranya tidak cukup rasa, bolehlah ditambahkan garam dan gula.

4

Akhir sekali masukkan gegelang bawang besar. Kacau dan bolehlah ditutup api.