Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap"


Tips

Boleh diubahsuai kuantiti cili dan juga santan mengikut kepedasan dan kepekatan yang anda inginkan..

Ingredients

Ayam 1 ekor
Bawang Holland 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Bunga Cengkih 3
Bunga Lawang 1
Buah Pelaga 3
Kulit Kayu Manis 1
Tomato 1 biji
Minyak Untuk menumis dan menggoreng
Bahan Untuk Kisar
Cili Kering 10 biji
Cili Merah 5 biji
Serai 1
Bawang Holland 1
Bawang Putih 1
Halia 2 inci
Perasa Dan Kuah
Garam Secukup rasa
Gula 2-3 sudu
Sos Tomato 3-4 sudu
Santan 200-250gm
Air Secukupnya

Instructions

1

Goreng ayam separuh masak. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis semua bahan di bahagian pertama. (Hiris bawang dan potong dadu tomato)

2

Kemudian masukkan bahan kisar, gula dan tambahkan sedikit air sekiranya perlu. Biar sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan kacau sebentar.

3

Akhir sekali masukkan santan, garam dan juga sedikit lagi air jika perlu. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih/ayam masak.

4

Siap untuk dihidangkan.