Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Pandan Istimewa"


Tips

1) Pemilihan jenama pandan emulco sangat penting kerana ia akan mempengaruihi rasa kek. Oleh sebab itu, digalakan anda membuat survey terlebih dahulu sebelum membeli pandan emulco tersebut.

2) Telur gred lain juga boleh digunakan dalam resepi ini. Pemilihan telur Gred B adalah kerana kandungan airnya tidak terlalu banyak.

3) Madu digunakan untuk memberi kelainan pada resepi ini. Tambahan madu baik untuk kesihatan

Ingredients

Marjerin/ Butter 1 cawan
Gula Caster 3/4 cawan
Madu 1/2 cawan
Ovallet Satu sudu kecil
Telur Gred B 6 biji
Tepung Naik Sendiri/ Tepung Kek 2 cawan
Pandan Emulco 2 sudu besar
Jus Pandan 2 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Instructions

1

Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180 celcius selama 10 minit.

2

Pukul marjerin/ butter, gula caster dan ovellate sehingga kembang. Selepas itu masukkan madu. Gaul hingga sebati.

3

Masukkan telur ke dalam adunan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla, pandan emulco dan jus pandan.

4

Masukkan tepung naik sendiri/ tepung kek. Gaul hingga sebati.

5

Sapukan loyang dengan marjerin atau butter. letakkan sedikit tepung dan goyangkan dalam loyang agar kek senang dikeluarkan. Bakar selama 45 minit.