Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Masak Kicap"


Tips

Tak perlu tambah banyak air, kerana sotong keluarkan air.

Ingredients

Sotong Saiz Sederhana 10 ekor
Cili Hijau 1 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 1 ulas
Kicap Lemak Manis 6 sudu besar
Gula 1 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Cili Merah 1 biji
Minyak 2 sudu besar
Air 100 ml

Instructions

1

Potong sotong membulat. Basuh dan toskan.

2

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar, hingga naik bau.

3

Masukkan cili merah dan hijau. Masukkan air dan kicap.

4

Biar didih. Masukkan sotong. Bila hampit masak perasakan dengan gula dan garam.

5

Sedia dihidang.