Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Sos Kastard Vanilla"


Tips

Gunakan roti yang padat agar puding lebih gebu. Jika roti jenis yang berongga puding akan menjadi padat.

Ingredients

Untuk Puding
Roti Manis 4 biji
Susu Cair 1 tin
Telur 2 biji
Esen Vanilla 1 cmt
Gula Pasir 100 g
Chocolate Chips 2 cmb
Ceri 1 cmb
Untuk Sos
Krim 200 ml
Tepung Kastard 2 cmb
Gula Pasir 100 g
Esen Vanilla 1 cmt

Instructions

Untuk puding :

1

Lenser loyang bulat dengan marjerin. Carik-carikkan roti & masuk ke dalam loyang.

2

Campur susu cair, telur, gula & esen vanilla. Pukul sebentar.

3

Tuang adunan susu ke dalam loyang. Gaul bersama roti hingga rata.

4

Tabur chocolate chips & ceri di atas adunan. Perap selama 15 minit agar roti dapat menyerap susu & lembut.

5

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.

Untuk sos :

1

Masukkan krim, gula, tepung kastard & esen vanilla ke dalam periuk. Kacau rata hingga tepung benar-benar larut.

2

Kemudian barulah periuk diletak di atas api.

3

Kacau sentiasa hingga sos agak memekat. Jangan terlalu lama kerana kastard akan berketul.

4

Sejukkan di dalam peti ais.

5

Hidang puding bersama sos kastard.