Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Goreng Bersama Tomato Ceri"


Tips

Boleh kurang atau tambahkan pes cili mengikut kepedasan yang anda inginkan. Pastikan air dan sos berpadanan dengan kauntiti mee.

Ingredients

Mee Kuning 1 paket kecil
Daging Cincang/ Hirisan Sedikit
Cendawan 1 paket kecil
Tomato Ceri Beberapa biji
Daun Sup Dan Daun Bawang Sedikit
Bawang Besar Bersaiz Kecil 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Minyak Untuk menumis
Tomato Sos, Cili Sos, Tiram Sos Sedikit
Air Sedikit
Pes Cili Yang Telah Dikisar Sedikit
Gula Dan Garam Secukup rasa

Instructions

1

Basuh mee dengan air biasa beberapa kali dan toskan. Hiris halus daging atau sediakan daging cincang mengikut kuantiti yang diinginkan.

2

Potong tomato ceri kepada dua bahagian. Potongkan juga cendawan tiram dan daun sup serta daun bawang secara memanjang.

3

Potong bawang besar dan ketukkan bawang putih dan cincang halus.

4

Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

5

Kemudian masukkan pes cili bersama gula dan sedikit air. Tunggu sehingga pecah minyak.

6

Kemudian masukkan daging cincang atau daging yang dihiris halus. Masak sehingga empuk.

7

Masukkan sedikit air dan kesemua bahan sos. Tambahkan gula dan garam sekiranya perlu.

8

Kemudian masukkan cendawan. Kacau sebentar dan masukkan mee yang telah ditoskan tadi bersama daun sup, daun bawang dan tomato ceri.

9

Kacau sebati dan sehingga semua bahan masak. Sedia untuk dihidangkan.