Santan Biasa/kotak | 200-250 gm |
Cendawan Tiram | 2 paket kecil |
Jagung Muda | 1 paket kecil |
Cili Merah | 1 biji |
Bawang Besar Saiz Sederhana | 1 biji |
Bawang Putih | 2 biji |
Garam | Secukup rasa |
Udang Basah/isi Ketam | Sedikit |
Air | Sedikit |
Masukkan udang atau isi ketam yang telah dibersihkan kedalam periuk.
Ketuk bawang putih dan potongkan . Begitu juga potongkan bawang besar. Masukkan kedalam periuk tadi.
Potong cendawan, cili merah dan anak jagung secara memanjang atau mengikut kreativiti masing-masing. Tambahkan kesemua bahan ini ke dalam periuk.
Masukkan santan kotak. Tambahkan air sehingga sepadan dengan sayur tadi. Masukkan garam.
Masak diatas api yang perlahan sambil kacau dari semasa ke semasa.
Apabila masak, sedia untuk dihidangkan.