Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Panggang Mudah"


Tips

1. Kandungan gula akan membuatkan ayam anda cepat hangit. Jadi pastikan api tidak terlalu kuat sewaktu memanggang di dalam kuali.

2. Anda boleh memanggang menggunakan 'medium' lain seperti pemanggang ajaib dan sebagainya.

Ingredients

Ayam 1 ekor
Gula 5 sudu
Garam Dan Kunyit Sedikit
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 3 biji
Serai 5 batang
Halia Sebesar ibu jari
Air Sedikit
Hirisan Lemon Dan Daun Sup Hiasan
Minyak Sedikit

Instructions

1

Bersihkan ayam dan lumur bersama sedikit garam dan kunyit.

2

Bawang merah,bawang putih,serai dan halia dipotong kasar dan dikisar halus. (Boleh menggunakan pengisar kering dan hanya tambahkan sedikit sahaja air)

3

Masukkan bahan yang dikisar ini kedalam ayam. Masukkan juga gula dan sedikit lagi garam sekiranya perlu.

4

Gaul kesemua bahan ini dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.

5

Masukkan sedikit minyak ke dalam 'kuali tidak lekat' . Susun ayam sehingga memenuhi ruang. Tutup kuali dan bakar sehingga masak disebelah bahagian.

6

Kemudian balikkan ayam dan sambung memanggang sehingga semua bahagian masak.

7

Setelah selesai, siap untuk dihidangkan dengan sedikit hirisan lemon dan daun sup.