Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Sumbat Pulut"


Tips

Untuk yang pertama kali cuba resepi Sotong Sumbat Pulut ni, petua untuk sotong tak pecah atau hancur semasa memasak ialah, kukus dahulu beras pulut selama 10-20minit.
,
Setelah pulut setengah masak, baru sumbat dalam perut sotong. Nanti proses masaknya tak lama, pulut kembang elok dan sotong pun nampak menyelerakan jer..
.
Selamat mencuba..! :)

Ingredients

Sotong 1 kilo
Beras Pulut 500 gram
Santan 1 biji kelapa / 1 kotak santan segera
Halba 1 sudu teh
Garam Secubit rasa
Pencungkil Gigi 1 kotak

Instructions

1

Buang isi perut sotong. Basuh bersih sotong dan kepala sotong.
*Jangan potong atau siang sotong yer.. Dah bersih, toskan sebentar.

2

Basuh beras pulut bersih-bersih. Toskan dalam tapis.

3

Ambil sotong tadi dan sumbat beras pulut dalam perut sotong. Jangan padat sangat.
Sumbat separuh penuh kerana apabila dimasak, pulut akan mengenbang.

4

Setelah siap, ambil pemcungkil gigi dan cucukkan kepala sotong ke bahagian sumbatan tadi. Ini untuk mengelakkan pulut dari terkeluar semasa memasak.

5

Masukkan sotong ke dalam periuk dan tuangkan santan sehingga menenggelamkan sotong. Atau lebih tepat, paras santan sama paras sotong dalam periuk.

6

Letakkan halba jika suka dan secubit garam ikut rasa.
Masak atas dapur sehingga santan kering atau anggaran pulut sudah masak.
Siap.