Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Triffle"


Tips

Boleh gunakan pelbagai jenis buah mengikut citarasa masing2.

Ingredients

Bahan Lapisan Kek
2 Paket Kek gulung
Bahan Lapisan Custard
Tepung Custard 3 sudu besar
Gula 3 sudu
Susu Cair 1 tin
Air 1 tin
Buah Laici / Mixed Fruits 1 tin
Nata De Coco 200 gram
Bahan Lapisan Jeli
Serbuk Agar2 Jeli 1 kotak
Air 400ml

Instructions

1

Potong kek gulung dan susun di dalam bekas mengikut citarasa masing2 ,tekan2 sikit dan susun rapat2 kek tersebut.

2

Bancuhkan 3 sudu tepung custard bersama 1 tin susu cair,1 tin air dan 3 sudu gula. Pastikan tepung betul2 larut supaya tidak berketul waktu didihkan.

3

Kemudian didihkan larutan custard atas dapur dengan api kecil , pastikan sentiasa kacau sehingga dia pekat dan mendidih.

4

Bila dah mendidih matikan api, dan tuangkan atas kek tadi...boleh terus susun buah atas custard tadi...saya guna buah laici dan nata de coco.

5

Langkah seterusnya ialah masak jeli. Masukkan serbuk jeli ke dalam periuk kecil, tambah air 400ml je, kacau larut dan didihkan.

6

Selesai didihkan, tuang atas custard tadi,tuang perlahan2 menggunakan senduk sebab dia panas takut merosakkan custard tadi.

7

Setelah selesai, sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke peti ais selama 2 /3 jam. Selepas itu boleh dihidangkan.