Back to Recipe Print

Recipe for "Agar-Agar Berlapis"


Tips

Terpulang pada jenama agar-agar yang digunakan. Sila refer pada sukatan air yang berada di belakang paket agar-agar

Ingredients

Agar-Agar Sepaket
Vico/milo 6 tbsp atau lebih
Susu Pekat/tepung Susu 6 tbsp atau lebih (terpulang pada citarasa)
Sugar 4 tbsp untuk setiap perisa
Air 1500ml

Instructions

1

Mula-mula, Bahagikan agar-agar kepada dua.
(Saya Menggunakan agar-agar brand giant)

2

Rebus setengah sepaket agar-agar bersama 750 ML air sehingga agar-agar betul-betul cair. (Yang ni untuk bancuhan untuk lapisan yang pertama)

3

Masukkan serbuk milo/vico setelah agar-agar cair. Masukkan gula secukup rasa.

4

Masukkan bancuhan yang telah siap ke dalam bekas dan biar sejuk.

5

Setelah bancuhan pertama menjadi keras, sediakan bancuhan kedua. Rebus lebihan agar-agar bersama 750 ml air yang seterusnya.

6

Masukkan susu pekat atau tepung susu ke dalam bancuhan yang kedua. (Saya menggunakan susu tepung sebab lagi suka rasanya yang x terlampau manis)

7

Sekiranya anda menggunakan susu pekat, gula tidak perlu dimasukkan. Sekiranya menggunakan susu tepung, masukkan gula secukup rasa.

8

Setelah siap, masukkan bancuhan keatas lapisan pertama di dalam bekas yang sama dan biarkan sejuk.

9

Setelah kedua-dua bancuhan menjari keras, bolehlah dipotong dan terus dihidangkan. Siap.