Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Daging Bersama Rebung"


Tips

Anda boleh tambahkan masa masakan sekiranya daging masih belum empuk sebelum memasukkan santan.

Boleh menggunakan periuk biasa. Kaedah yang sama cuma masa yang diambil akan lebih lama.

Ingredients

Daging 1/2 kilo
Rebung 3 batang
Rempah Daging 1 1/2 paket kecil
Air Sedikit
Bawang Besar (Sederhana) 2 biji
Bawang Putih 3 biji
Halia 3 inci
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang Serba satu
Bunga Cengkih 2
Buah Pelaga 4
Santan Pekat Rm 2
Garam Secukup rasa
Minyak Sedikit

Instructions

1

Basuh daging dan toskan. Hiris rebung, basuh dan ketepikan.

2

Bawang besar ambil 1 1/2 , bawang putih 2 biji dan halia 2 inci dikisar halus.

3

Masukkan rempah ke dalam daging bersama bahan kisar. Gaul rata dan masukkan sedikit air.

4

Hiris halus 1/2 bawang besar, bawang putih 1 biji dan halia satu inci.

5

Masukkan minyak ke dalam 'pressure cooker' dan tumis bahan yang dihiris bersama bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

6

Biar sehingga wangi atau agak kekuningan, masukkan bahan rempah bersama daging serta sedikit air.

7

Tutup periuk dan masak dengan tekanan tinggi selama 15 minit.

8

Kemudian masukkan santan, garam dan rebung. Masak lagi dengan tekanan tinggi selama 10 minit.

9

Buka penutup dan kacau rata dan siap untuk dihidangkan.