Sawi Bokchoy | 1 ikat |
Ikan Bilis | Sedikit |
Bawang Merah - Ditumbuk | 1 biji |
Bawang Putih - Diketuk | 1 ulas |
Lada Cili | 1-2 biji |
Belacan- Dibakar | 1/2 inci |
Minyak Untuk Menumis | Sedikit |
Air Masak | Sedikit |
Garam, Gula Dan Ajinomoto | Secukup rasa |
Sos Tiram | 1/2 sudu kecil |
Tumbuk bawang merah, belacan dan lada cili
Bawang putih diketuk sahaja.Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bahan tumbuk, bawang putih, ikan bilis dan sos tiram sehingga naik bau
Masukkan sawi dan kacau sebati . Masukkan sedikit air dan kacaukan ia
Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa .Kacau dan rasakan kuahnya
Biarkan mereneh seketika dan angkat