Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Berempah Mudah"


Tips

Semua bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa. Saya tidak menggunakan garam dan gula kerana campuran kesemua sos sudah memberikan rasa yang sesuai dengan selera saya. Lebih sedap sekiranya ayam diperap lebih lama. Selain nasi, ayam goreng berempah yang mudah dimasak ini sesuai dimakan bersama tomato segar, kentang goreng atau roti bakar. Sedap juga dimakan begitu sahaja.

Ingredients

Ayam (Dipotong Kecil) 10 ketul
Serbuk Mixed Herbs 3 sudu besar
Serbuk Kari Daging 3 sudu besar
Sos Tiram 3 sudu besar
Sos Cili 3 sudu besar
Sos Tomato 3 sudu besar
Serbuk Cili 2 sudu besar
Serbuk Kunyit 2 sudu besar

Instructions

1

Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil.

2

Perap ayam dengan kesemua bahan.

3

Goreng ayam hingga garing, dan siap untuk dihidangkan.