Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Mayong Masak Tauchu"


Tips

Selain cuka, boleh menggunakan jus limau nipis atau limau kasturi. Selain ikan mayong boleh juga menggunakan ikan lain, tenggiri, kembong dll tetapi amat enak kalau di masak dengan ikan mayong kerana banyak isi.

Ingredients

Ikan Mayong 500 gram
Timun 1 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 10 ulas
Halia 2 cm
Cuka 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Gula Pasir 1 sudu beasr
Air 4 cawan
Cilli Besar Hijau 4 biji
Cilli Besar Merah 4 biji
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Bawang Merah Kecil 4 biji
Tauchu 3 sudu besar
Minyak Masak 3 sudu besar

Instructions

1

Ikan Mayong di bersihkan, gaulkan garam dan kunyit serbuk dan goreng

2

Bawang merah kecil, 5 ulas bawang putih dan halia di hiris halus untuk bahan penumis

3

Bawang besar di potong enam, cilli besar hijau dan merah di belah dua.

4

Timun di buang tengah dan di potong memanjang . Ramuan sebagai penghias dan sayuran utk masak tauchu.

5

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris

6

Setelah naik bau masukkan tauchu, kacau dan masukkan air. Masukkan cuka,garam dan gula.

7

Setelah mengelegak masukkan ikan, lebihan bawang putih, bawang besar, cilli besar hijau dan merah serta timun.

8

Biarkan selama 4 minit dan di angkat dan boleh lah di hidangkan.