Back to Recipe Print

Recipe for "Dalca Daging Tulang"


Tips

Boleh letak terung dan kacang panjang.saya tak letak kerana tidak boleh makan benda angin.

Ingredients

Daging Tulang 6-7 ketul
Kacang Dal 1 cawan
Rempah Kari Daging 2 sudu besar
Air Secukupnya
Garam Secukup rasa
Ubi Kentang 2 biji dipotong 4
Lobak Merah - Dipotong Panjang 1 biji
Bawang Besar - Hiris 1 labu
Minyak Masak Secukupnya
Halia Kisar 1 sudu kecil
Bawang Putih Kisar 1/2 sudu besar
Cili Kisar 1 sudu besar
Serbuk Santan / Susu Cair / Santan Secukupnya
Bahan Tumis
Minyak Masak Secukupnya
Jintan Putih 1 sudu kecil
Jintan Manis 1 sudu kecil
Daun Kari 1 tangkai
Biji Sawi 1 sudu kecil

Instructions

1

Panaskan minyak,masukkan bawang besar dan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar,halia kisar dan bawang putih kisar. Sebatikan.

2

Masukkan rempah kari daging dan sedikit air.kacau sebati dan biarkan sampai naik minyak.

3

Masukkan daging tulang dan kacang dal dan tambah air. Apabila daging dan kacang dal hampir masak,masukkan ubi kentang dan lobak merah.

4

Kalau kurang air,boleh tambah air. Apabila ubi dan lobak merah telah lembut, masukkan garam dan susu cair.biarkan ia mendidih,tutup api.

5

Dalam kuali, tumis semua bahan tumis dan tuangkan dalca yang telah masak tadi ke dalam bahan tumis.Kacau sebati dan biarkan mendidih.Tutup api.

6

Sedia dihidang.