Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Udang"


Tips

Kuah yang lebih boleh disimpan peti sejuk beku

Ingredients

Kuah
Udang 10 ekor
Udang Kering 2 tbsp
Cili Kisar 2 tbsp
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Merah 6 ulas
Tomato 2 biji
Keledek Oren - Direbus 2 biji
Garam Dan Gula Secukupnya
Sos Tomato 1/2 cawan
Sos Cili 1/2 cawan
Bahan Lain
Telur Rebus Secukupnya
Mee Kuning - Dicelur Secukupnya
Cili Merah, Daun Bawang, Daun Sup Dan Bawang Goreng Secukupnya
Taugeh Dan Sawi - Dicelur Secukupnya
Tauhu Goreng Secukupnya

Instructions

1

Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

2

Sementara itu, keledek direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.

3

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya.

4

Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu.

5

Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

6

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.