Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Jagung Manis"


Tips

1. Boleh tambah ubi kentang untuk lebih menarik. Ubi kentang perlu disagat halus supaya ubi tidak keras dan mudah empuk semasa menggoreng.

2. Boleh juga ditambah telur untuk memberi kesedapan.

3. Sekiranya sudah biasa menggunakan serbuk penaik, dibolehkan dan tiada pantang larang..

hehee ^_^

Ingredients

Tepung Gandum 3 cawan
Jagung 2 tongkol (diambil isi sahaja)
Air Garam Secukupnya
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya

Instructions

1

Jagung diambil isinya sahaja dan digaul dengan tepung.

2

Untuk menghasilkan cucur yang rangup, panaskan minyak di dalam kuali & apabila sudah panas ambil satu sudu minyak serta gaul dengan tepung dan jagung

3

Setelah itu baru gaul dengan air garam. Agak-agak supaya adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair.

4

Goreng dalam minyak yang panas dan biarkan kekuningan. Balik-balikkan cucur dan sekiranya sudah kekuningan, sedia untuk dihidangkan.