Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Daging Black Paper"


Tips

Pastikan ketika masak kena selalu kacau supaya tidak melekat pada kuali dan minyak terkumpul. Inti pun tidak hangit dan masak dengan sekata.

Ingredients

Kulit Popia 1 paket
Daging Kisar Ramly 1 paket
Bawang Merah (Potong Dadu) 3 biji
Bawang Putih (Potong Dadu) 3 ulas
Halia( Potong Dadu / Halus) 1 inci
Lada Hitam (Ditumbuk Halus) 3 sudu besar
Garam Sekucup rasa
Perasa Secukup rasa
Ubi Kentang (Potong Dadu) 4 biji

Instructions

1

Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.

2

Kemudian, masukkan daging kisar sehingga separuh masak

3

Selepas itu, masukkan ubi kentang pula kacau hingga empuk

4

Akhir sekali masukkan garam, perasa dan Lada hitam kacau hingga sebati dan betul-betul masak hingga agak-agak kering.

5

Bila inti Sudah sejuk balut dgn kulit Popia Dan goreng dgn api sederhana.