Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Kentang"


Tips

boleh letak chocolate cair sebagai topping

Ingredients

Tepung Gandum 250 gram
Kentang Yang Telah Direbus Dan Dilenyek 80 gram
Susu Tepung 2 sudu besar
Telur ( Dipukul Sedikit) 1 biji
Susu Segar Boleh Ganti Dengan Air Suam 80/90ml
Marjerin 1 1/2 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Yis 4 gram ( 1 1/2 sudu kecil)

Instructions

1

Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.

2

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3

Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4

Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut.

5

Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

6

Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.

7

Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..