Mentega Berkualiti Tinggi | 400 gram |
Gula Kastor | 150 gram |
Kuning Telur Gred A | 10 biji |
Esen Durian | 1 camca teh |
Isi Durian | 1 cawan |
Susu Segar | 100 ml |
Tepung Hong Kong | 200 gram |
Tepung Jagung | 50 gram |
Putih Telur | 7 biji |
Gula Kastor | 150 gram |
Pewarna Makanan Pilihan Anda | Beberapa titis |
Kisar isi durian bersama susu segar
Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor (150 gram) sedikit demi sedikit hingga habis dan bertanduk.
Sementara itu, satukan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan diayak.Ketepikan.
Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus diputar hingga adunan kembang.
Tambah isi durian yang telah dikisar dengan susu segar tadi, dan putar sebati.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Masukkan 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dengan spatula, kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi dan baki putih telur. Gaul hingga rata.
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
Lanser juga kertas tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan selama 10 minit.
Untuk adunan kek, terpulang pada anda sama ada nak buat beberapa warna atau satu warna sahaja . Gaul rata dan ketepikan.
Keluarkan tin dari oven, sudukan 4 camca besar adunan kek lapis, ratakan dan bakar 10 minit atau hingga permukaan keperangan.
Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Sudukan lagi 4 camca besar adunan dan ratakan. Masukkan ke dalam oven.
Kali ini tukar api oven kepada fungsi grill dan turunkan suhu kepada 165C (bergantung pada oven masing2).
Bakar hingga keperangan, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis.
Lakukan keadah sama hingga adunan habis dan lapisan terakhir, bakar guna api atas bawah selama 10 minit.
Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sekejap dalam tin ( 10 minit), boleh keluarkan kek dari tin.
Biar kek betul2 sejuk sebelum dibungkus dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama....Selamat mencuba!!