Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Lapis Idola"


Tips

Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.

Ingredients

Mentega 500 gm
Gula Halus/kaster 150 gm
Telur 10 biji
Susu Pekat 300 gm
Santan Pekat 150 ml
Sekaya 200 gm
Horlicks 200 gm
Tepung Hongkong 280 gm
Milo 100 gm
Cokelat Masakan(Cairkan Dgn Kaedah ‘Double-Boiling’) 350 gm
Pewarna Kuning/merah Sedikit

Instructions

1

Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.

2

Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.

3

Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.

4

Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata.

5

Bahagi adunan kepada 3 bahagian: Satu bahagian dicampurkan milo & coklat. Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.

6

Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”.

7

Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit).

8

Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis.

9

Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi.

10

Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4.

11

Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.

12

Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit).

13

Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli).

14

Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.