Back to Recipe Print

Recipe for "Pizza Muffin"


Tips

letak lbh parutan keju utk rasa yg umphhh

Ingredients

Minyak Zaitun 1 sudu besar
Bawang Putih Cincang 2 sdt
Bawang Bombay Cincang 100g
Lada Capsicum Hijau Dan Merah Cincang 50g
Crabstick 75g
Mozarella 75g
Sos Pizza 50g
Serbuk Cili 1/2 sdt
Gula 1 sk
Garam Secubit
Telur Size M 3 biji
Minyak Zaitun 50ml
Susu Segar / Susu Cair 50ml
Tepung Gandum 250g
Susu Tepung 2 sdm
Baking Powder 1 1/2 sk
Keju Mozarella Utk Tabur 75g

Instructions

1

Panaskan oven suhu 200. Sediakan mangkuk atau cup dalam muffin tray.

2

Satukan tepung gandum, susu tepung, baking powder dan secubit garam. (jgn buh byk garam sbb bhn2 lain dah masin). Ketepikan.

3

Panaskn butter atau minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kacau hingga bertukar warna dan sejukkan.

4

Dalam mangkuk besar, satukan keju parmesan, sos pizza, serbuk cili, lada capsicum, dan gula. Kacau rata menggunakan spatula.

5

Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau. Juga masukkan minyak zaitun dan juga susu segar atau susu cair.

6

Kemudian masukkan tepung tadi. Kacau sebati. Masukkan pula bawang yang digoreng dan crabstick dan gaul rata.

7

Tuang ke dalam muffin cup. Isi 3/4 penuh. Bakar selama 2025min.

8

Keluarkan dari oven dan taburkan keju mozarella. Bakar semula sehingga keju cair dalam 5 min.

9

Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.

10

Hidangkan panas semasa keju tgh melting.