Back to Recipe Print

Recipe for "Strawberry Choc Indulgence"


Tips

pastikan cukup masa untuk buat kek ni

Ingredients

Kek Span Vanilla
Telur Gred A 4 biji
Gula Halus 180 gm
Tepung Kek 170 gm
Air 70 gm
Baking Powder 5 gm ( 1 sudu teh)
Ovellete 15 gm
Minyak Jagung 50 gm
Esen Vanilla 1 sudu teh
Krim Coklat
Gula Icing 80 gm
Kuning Telur 3 biji
Mentega Tanpa Garam 120 gm
Gelatin 4 gm
Air 50 ml
Coklat Masakkan Gelap 150 gm
Krim Tenusu 300 gm
Krim Strawberry
Kuning Telur 2 biji
Gula Icing 40 gm
Strawberry Filling 100 gm
Halal Gelatin 12 gm
Air 35 ml
Yogurt Perisa Strawberry 150 gm
Krim Bukan Tenusu 180 gm
Pewarna Merah Sedikit
Perisa Strawberry Sedikit
Ganache Chocolate
Bahan A
Krim Tenusu 250 ml
Sirap Glukos 40 gm
Bahan B
Coklat Masakan Gelap 400 gm
Mentega 30 gm
Pes Hazelnut ~ Jika Suka 1 sudu besar

Instructions

KEK SPAN VANILLA

1

Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

2

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.

3

Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. Bila dah gebu, tutup mixer..

4

Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..

5

Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.

6

Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170c. Bakar selama 30 ~ 35 minit

7

Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven. Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang.

8

Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula.

9

Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong kepada 4 keping.

Krim Coklat

1

Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.

2

Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan.

3

Masukkan gelatin dan putar lagi

4

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar.

5

Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.

6

Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental.

7

Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.

8

Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi.

9

Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.

10

Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.

KRIM STRAWBERRY

1

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia larut ~ ketepikan.

2

Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim. Masukkan larutan gelatin dan kaca sebati.

3

Masukkan yogurt, strawberry filling, pewarna dan perisa strawberry. Kacau rata.

4

Dalam bekas pemutar, putarkan krim bukan tenusu hingga kental.

5

Satukan krim bukan tenusu dalam adunan strawberry dan kaup balik rata. Sedia di gunakan.

Ganache Chocolate

1

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk

2

Coklat masakan gelap di cincang halus.

3

Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.

4

Masukkan mentega dan gaul sempurna.

5

Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan.

Cara Melapis Kek

1

Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan

2

Ambil sekeping kek span vanila dan letakkan atas lapik kek

3

Letakkan 1/2 bahagian krim strawberry. Dan ratakan.

4

Ambil sekeping kek vanila dan letakkan atas krim strawberry

5

Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan

6

Letakkan 1 lapis lagi kek vanila

7

Letakkan baki krim strawberry dan ratakan

8

Letakkan kek vanila yang terakhir

9

Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.

10

Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.