Back to Recipe Print

Recipe for "Kaswi Pandan Seri Wangi"


Tips

mkn tanpa kelapa parut pun sedap

Ingredients

Tepung Gandum 1 1/2 cwn
Tepung Ubi 1/2 cwn
Gula Pasir Halus 1 cwn
Santan 2 1/2 cwn
(Air Di Kisar Bersama 3 Helai Daun Pandan Dan Tapiskan)Air Pandan 1 cwn
Air Kapur Sireh 1 sudu besar
Kecil Garam 1/2 sudu
Pewarna Hijau. Sedikit
Kelapa Parut Putihnya Sahaja Dan Sedikit Garam Halus, Gaulkan Rata Dan Boleh Di Makan Bersama Kaswi Pandan Seri Wangi 1/2 biji

Instructions

1

Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.

2

Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.

3

Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.

4

Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.

5

Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.

6

Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.

7

Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 35 minit.

8

Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.

9

Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.