Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Oren Gebu"


Tips

Uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake taster di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tu tanda kek anda masak.

Ingredients

Buttercup 200 gram
Gula Kastor 3/4 cawan
Oren Sunkist Saiz Sederhana. Cuci Dan Lap Kering 1 biji
Tepung Berserbuk Penaik (Self-Raising Flour), Diayak 1 1/2 cawan
Telur Gred A, Asingkan Kuning Dan Putihnya 3 biji
Garam Halus 1/3 camca teh

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 atau 9 inci dengan mentega dan sedikit tepung.

2

Oren sunkist diparut kulitnya, pastikan bahagian kaler oren sahaja. Kemudian perahkan jusnya. Ketepikan.

3

Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan 2 camca besar gula kastor (yang diasingkan dari resipi) dan putar hingga bertanduk.

4

Matikan mixer dan alihkan putih telur ke dalam bekas lain. Ketepikan.

5

Masukkan mentega. garam dan gula kastor dalam mangkuk pemutar. Putar hingga gula larut.

6

Masukkan kuning telur, satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan.

7

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren hingga habis. Tambah parutan kulit oren, putar rata.

8

Menggunakan spatula, cedok 1/3 bahagian putih telur (no. 2) dan gaul rata dengan adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik.

9

Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan lakukan kaedah yang sama, buat hingga baki putih telur habis, gaul hingga rata. Bakar 45 minit sehingga masak.

10

Uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake taster di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tu tanda kek anda masak.

11

Keluarkan dari oven, biar 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.