Back to Recipe Print

Recipe for "Air Minuman Calpis / Milkis"


Tips

1. Air ais krim soda diperlukan untuk rasa perisa vanilla dan soda.

2. Minuman susu kultur sangat sesuai untuk penghadaman perut. Nak beli yang mana satu? Ada banyak sangat jenama di pasaran sekarang ni. Kalau nak beli Yakult, Vitagen, Nutrigen atau Solivite itu terpulang.

3. Ambil yang natural dahulu. Natural yang mana satu? Yang warna putih. Kenapa? Itulah perasa original Calpis atau Milkis. Jika anda sudah biasa buat resepi istimewa ini, kemudian hari boleh bancuh dan buat ikut perasa kegemaran samada anggur, strawberi, oren atau epal.

Ingredients

Ais Krim Soda F&n 1 tin
Minuman Susu Kultur 1 botol
Ais Ketul Mengikut citarasa

Instructions

1

Sediakan gelas / jug. Masukkan ais ketul mengikut citarasa.

2

Buka 1 tin/ botol ais krim soda F&N. Tuangkan ke dlm gelas/ jug..

3

Buka 1 - 2 botol minuman susu kultur, tuangkan juga ke dalam gelas/ jug ..

4

Gaul sebati. Siap.

5

Hidangkan semasa sejuk sebab minuman ni, sedap di minum sejuk²