Back to Recipe Print

Recipe for "Solok Lada"


Tips

Sekiranya anda tidak mahukan kuah, anda boleh kukus sahaja solok lada yang telah siap dimasukkan inti.

Ingredients

Lada Hijau / Cili Hijau 6-8 biji
Ikan Kembung 4-5 ekor
Kelapa Parut Muda Satu mangkuk kecil
Garam Dan Gula Secukup rasa
Halia Sedikit
Serai 2 batang
Bawang Merah 4 biji
Bawang Putih 1 biji
Santan Ikut kuantiti yang diiginkan
Sedikit Air Ikut kepekatan yang diinginkan

Instructions

1

Siang ikan dan ambil bahagian isinya. Potong bawang, halia dan serai.

2

Tumbuk kesemua bahan yang pertama tadi. Masukkan sekali garam dan gula. Gaul sebati apabila selesai menumbuk.

3

Belah cili memanjang (jangan bagi putus~ belah macam nak belah ikan 'jaket@cencaru' bila nak buat belah belakang tu)

4

Buangkan biji didalam lebih baik. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.

5

Masukkan cili yang telah siap tadi kedalam periuk. Masukkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan yang diinginkan.

6

Masukkan sedikit garam. Mula memasak ke atas api yang perlahan.

7

Selesai masak, siap untuk dihidangkan.