Back to Recipe Print

Recipe for "Brownie"


Tips

Sukatan yang diberi dalam resepi ini adalah untuk loyang size 7x7. Pengalaman saya applied resepi ini ke dalam loyang size 10x10, kna double up all the measurement. Cuma tempoh dalam oven, saya agak-agak lebih kurang 40 minit.

Ingredients

Butter 100 gram
Gula Pasir 100 gram
Gula Perang 90 gram
Telur 2 biji
Dark Chocolate Button Beryl 40 gram
Tepung Gandum 100 gram
Serbuk Koko 40 gram
Garam 4 gram
Dark Chocolate Button Beryl 90 gram

Instructions

1

Cairkan Butter, Gula Perang dan Gula Pasir atas dapur. Sentiasa kacau & apabila nmpk mcm ada lapisan minyak, tutup api.

2

Kacau acuan dalam 1-2 minit sehingga acuan suam. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Gunakan whisk.

3

Ketika acuan masih suam, masukkan Dark Chocolate Button Beryl (40gram) dan kacau sehingga coklat cair dan sebati menggunakan spatula

4

Masukkan tepung gandum dan garam yang telah diayak ke dalam acuan. Kacau acuan sehingga sebati

5

Terakhir, masukkan Dark Chocolate Button Beryl (90gram) dan kacau secara kaup balik. Kacau dalam sekali dua sahaja

6

Sediakan baking paper atau kertas minyak dalam loyang size 7x7.

7

Bakar dalam 25 minit, suhu 160' C