Back to Recipe Print

Recipe for "Perut Asam"


Tips

Anda boleh menggantikan limau nipis dengan limau kasturi namun pastikan tiada biji yang termasuk ke dalam hidangan.

Ingredients

Perut Lembu 250 gram
Bawang Besar 2 biji
Limau Nipis 1 biji
Tomato 1 biji
Gula Garam Secukup rasa
Pes Asam Jawa 2 sb
Cili Padi 20 biji

Instructions

1

Bersihkan perut. Rebus bersama 1/2 sk garam selama 15 minit atau sehingga empuk. Toskan.

2

Hiris kasar bawang merah, tomato dipotong dadu dan cili padi dihiris nipis. limau nipis diperah dan diambil airnya.

3

Potong perut menjadi kecil dan gaulkan kesemua bahan bersama serta pes asam jawa. Jika mahu, tambah sedikit air rebusan untuk jadikannya berkuah.