Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil (Rebus)"


Tips

Jika tiada isi ayam, boleh digantikan dgn daging lembu atau kentang semata.

Ingredients

Kentang 7 biji
Daun Sup/bawang 1 mangkuk kecil
Bawang Goreng 7 sb
Dada Ayam 2 keping
Telur 2 biji
Lada Sulah 1 sk

Instructions

1

Kupas kentang, bersihkan. Potong 4-6 bahagian supaya mudah empuk. Rebus sehingga benar-benar empuk. Tuskan air.

2

Potong dadu dada ayam dan tumis bersama garam dan perencah tambahan jika ada. Lebihkan garam supaya seimbang dengan kentang.

3

Lenyek kentang, masukkan hirisan daun sup daun bawang, bawang goreng dan dada ayam tadi. Gaul rata. Tambah garam/perencah jika tidak cukup rasa.

4

Bulat-bulatkan kentang yang sudah sebati, leperkan sedikit. Pastikan ianya tetap (tidak berderai).

5

Panaskan minyak, celup bulatan kentang ke dalam telur yang sudah dipukul bersama sedikit lada sulah. Goreng. Hati-hati apabila diterbalikkan.

6

Keluar dari kuali selepas salutan telur menjadi keperangan. Tus minyak di atas tisu kertas dan boleh dihidangkan.