Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Udang Mudah Dan Ringkas"


Tips

Boleh sahaja dihiris bawang tanpa menggunakan penumbuk atau pengisar kering.

Udang jangan dimasak terlalu lama dan pastikan membeli udang yang segar.

Ingredients

Udang Besar Yang Dah Dibersihkan Setengah kilo
Rempah Adabi Cap Udang 2 bungkus paket kecil
Santan 200-250 gram
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 1-2 biji
Halia Sepotong atau dua
Tomato 1biji
Air Sedikit
Minyak Sedikit
Garam Sedikit
Tomato 2 biji

Instructions

1

Hiris kasar bawang putih halia dan bawang putih. Potong dadu tomato. Potong ubi kentang kepada 4 bahagian.

2

Masukkan ke dalam pengisar kering atau tumbukkan kesemua bahan tadi.

3

Masukkan minyak kedalam kuali. Tumis bahan yang dikisar kasar tadi.

4

Setelah naik bau, masukkan tomato dadu. Kacau sebentar dan masukkan rempah serta sedikit air. Kacau sehingga semuanya sebati.

5

Biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ubi kentang . Kacau sebentar .

6

Masukkan pula santan dan sedikit air, mengikut kepekatan yang anda inginkan. Biar sehingga ubi hampir empuk. Masukkan garam secukup rasa.

7

Akhir sekali masukkan udang. Biar sehingga udang masak. Sedia untuk dihidangkan.