Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Bersama Sos Tiram"


Tips

Pastikan anda merasakan masakan sebelum memasukkan garam. Ini kerana tiram sos sudah masin dan isi ayam telah pun digaul bersama garam.

Ingredients

Isi Ayam 300 gram
Cili Bengala Yang Pelbagai Warna Sedikit
Bawang Holland Saiz Kecil Sebiji
Bawang Putih 2 biji
Serbuk Kunyit, Garam Dan Gula Secukup rasa
Tiram Sos 5 sudu atau secukup rasa
Minyak Untuk menumis
Air Sedikit

Instructions

1

Hiris cili banggala mengikut kreativiti, bawang holland dan bawang putih. Gaul isi ayam bersama sedikit garam dan kunyit.

2

Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng ayam yang telah digaulkan bersama garam dan kunyit tadi.

3

Setelah hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang besar. Masukkan tiram sos, gula serta sedikit sahaja garam. Goreng sebati.

4

Masukkan air sekiranya perlu ( untuk tidak terlalu kering ).

5

Akhir sekali masukkan cili benggala dan goreng sampai semua bahan sebati dan masak.