Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Lapis Keju Masam Manis"


Tips

pastikn ada masa yg secukupnya bila nk bt kek lapis

Ingredients

Philadelphia Cream Cheese 250 gram
Parutan Parmesan Cheese 100 gram
Mentega Berkualiti Tinggi 450 gram
Gula Halus 100 gram
Susu Pekat Manis 1 tin - (berat 505 gram)
Telur Gred Aa 10 biji
Ovallette 30 gram
Tepung Hong Kong 250 gram
Horlicks 150 gram
Haw Flakes Secukupnya
Pewarna Merah, Oren & Kuning Secukupnya

Instructions

1

Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete.

2

Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.

3

Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.

4

Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.

5

Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.

6

Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu 2:2:1 ( merah : oren : kuning ).

7

Adunan merah dan oren dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu merah M1, M2 dan oren O1, O2.

8

Ambil 1 senduk adunan berwarna merah M1 dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.

9

Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek

10

Tuang lagi 1 senduk adunan merah & susun haw flake di atas permukaan kek. Bakar dgn api atas sehingga keperangan. Buat sehingga habis adunan merah M1.

11

Ulangi Langkah 9 dan 10 untuk adunan oren O1, kuning, oren O2 dan merah M2.

12

Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.