Back to Recipe Print

Recipe for "My Delicious Sambal Sotong Kering "


Tips

Lebihkan minyak masak apabila menumis.
Tak perlu masukkan garam terlalu banyak, sedikit sahaja kerana sotong kering sudah masin (ikut jenis sotong kering juga).
Sekiranya kisar sendiri cili kering, pastikan cili kering direbus dahulu, dicuci, toskan, dan sewaktu mengisar masukkan sedikit minyak yang bertujuan untuk menghancurkan biji cili kering. Air yang digunakan untuk mengisar adalah sedikit sahaja.

(sambal yang cantik adalah sambal yang pecah minyak, dan merah kehitaman, kurangkan air dalam masakan sambal, sekiranya air yang digunakan terlebih, pastikan keringkan sedikit air tersebut).

Lebihkan gula dalam masakan supaya sambal tidak terlalu pedas, dan kuah sambal menjadi pekat dan cantik.

~ Selamat Mencuba ~



Ingredients

Bawah Merah 1 Labu
Bawang Putih 3 - 4 ulas
Cili Kering Agak-agak
Gula 2 - 3 sudu
Garam Secukup rasa
Asam Keping 1 - 2 keping
Serbuk Perasa Secubit sahaja
Minyak Agak-agak

Instructions

1

Rendam sotong kering, biarkan sehingga kembang. Cuci bersih, dan toskan.
Bawang merah dan bawang putih yang dikisar kering, ditumis dengan minyak masak sehingga naik bau dan kekuningan. (lebihkan minyak masak)
Masukkan cili kering yang dikisar tadi, dalam 1-2 senduk ikut kesukaan. Masak bahan tumisan tadi sehingga cili benar-benar masak.
Masukkan sotong kering yang sudah ditoskan. Jika sambal terlalu kering, masukkan sedikit air.
Masukkan asam keping.
Perasakan dengan gula dan garam.
Jika mahu, boleh masukkan serbuk perasa.